Saturday, December 26, 2009
bersatu tapi xbersama..
~melihat dunia dari mata hati~
@berkain pelikat menunggu maghrib dengn perut menuntut utk diisi@
Wednesday, December 16, 2009
sahabat..ak rindu sayang kamu..
"kalau ak jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku, bila ak bengkok, kau luruskanlah aku".."jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu"
~petikan novel terasing
Inilha gunanya sahabat dalam menongkah arus kehidupan sekarang yang penuh cubaan dan tipu muslihat..sahabat sebagai pembimbing kejalan kebenaran..ak dahagakan sebuah persahabatan yang didalamnya terhimpun seribu kebaikan..yang dibina atas dasar keredhaan Nya..ak perlukan seorang sahabat yang betul2 boleh dipercayai..yang betul2 meletakkan ak sebagai subjek yang perlu dibimbing..ak masih mencari2..ak masih lemah dalam mengarungi dunia fana ini...sahabat tunjukkan lah ak jalan kebenaran..
"tidak beriman seorang kamu itu melainkan dia mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya"
~(riwayat Al-hadis)
~rindukan halaqah yang dibina atas dasar iman~
@rushing mencari sesuap nasi..lapar@
terasing
"terasing"~tengok muka depan memng cun...selepas melewati dia nyer blog langit Ilahi ak raser terpanggil untuk membaca karya2 beliau..nie buku pertama yang ak beli hasil tulisan beliau..masih muda tapi berbakat besar dalm dunia penulisan yang mengetengahkan dakwah..ak ambil tempoh sehari je tuk baca diz book..
jap nk bagi pendapat ak tentang buku nie..nie pendapat perbadi semata2..ermmm jalan cerita yang simple..yang daripada awal boleh kita fikirkan atau agak dia nyer kesudahan..walaupun begitu kita ak tertarik dan cuba untuk menghabiskannyer secepat mungkin..gaya bahsa mudah yang digunakan sesuai untuk para remaja memahami maksud sebenar yang cuba hendak disampaikan...cerita penjenayah berprofil tinggi yang digarap semacam tidak kena tetapi berjaya menghidupkan watak2 nyer..susun atur cerita juga rasenyer tak berape solid tetapi sudah cukup untuk menghasilakn karya sebagus ini..ermm tentang Fb, Fs semacam tidak logik...ape2 pun buku nie memng best dan patut baca oleh remaja2 sekarang..akan ak cuba dapatkan buku2 nyer yang lain...
~mencari erti persahabatan dan sahabat yang sebenar~
~prefer baca buku hasrizal n fatimah syarha..bila latest nk kuar?..xsabar~
@berkain pelekat dengan perut masih kosong@
Wednesday, December 9, 2009
listed..
confirmation Or comfirmation..
Monday, December 7, 2009
bertamu dikalbu..
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu
Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri
Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia
Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri
Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu
~xmampu ku kecapi hanya khayalan naluri~
kita diberi pilihan..
banyak benda nak kena wat..nagn kerja lagi..kena attend kenduri sini sana..kerja yang xtentu masa..adush..mana life ak nie..ayoyo..pe2 pon ak bersyukur dengan cara idup yang ak pilih..xde la sangt membebankan..tapi dah xde masa untuk ak seperti dulu..enjoy2..hangout nagn kawan2..ermm ade masa kuar makn je..hok2..pastu selebihnya dok kat tempat kerja..ermmmm start malm nie..ak nk spend sedikit mase untuk mencoret kat sini...hu3..melepaskan penat @ beban mungkin..
~idop kita, kita yang tentukan~
Wednesday, November 18, 2009
kita hanya mampu merancang..
Seronok giler tengok bapa2, ayah2, daddy2, berpimpin tangan dengan anak2 berlari2 anak..bermain2..bergurau senda..berhibur bersama anak2..so so so sweet...petang2 past balik kerja bawa anak p taman..untuk menghiburkan anak2 disambil melepaskan stress ditempat kerja mungkin...ditemani ngan isteri..besttt nyer...ermm terpikir2 ak bila bleh wat camtu..cam xsabar he3..sweet nyer..hu3...
~Impian yng belum pasti menjadi realiti..
Sunday, November 15, 2009
sejarah mengajar kita mengenali siapa kita..
sejak dok umah sewa pada tanggal 13 november 2009 tercipta satu sejarah..sejarah yang pasti berulang..sejarah yang pasti jd ingatan..terciptanya satu memori yang pasti dikenang..hak3..
first time masak kat umah sewa..tapi bukan ak la yang masak..my housemate..Muhammad rozi bin sudin..hu3...balik kerja past mandi manda n solat sudah terhidang dinner kami pada malm itu he3..masakannyer adalah :-
~ikan sardin masak 3 raser
~telor masak asam pedas
~nasi putih berstim
hak3...
ak bertambah sampai 3 kali..bukan sedap tapi lapar ha3...xkisah la..secara jujur ak komen depan3..lepas makan je memng malas giler dak2 nie nk membasuh..siap bahagi bahagian lagi sape yang basuh itu n ini..ak xpayah basuh periuk itu yang paling best ha3...
~bersederhana dalam kehidupan...
Sunday, November 8, 2009
selagi ada Dia
Kenapa dalam idup ini harus ade persaan prasangka & hasad dengki..?
Terlalu berprasangka buruk mesti mendatngkan sesuatu yang tidak baik..masalahnya sesuatu perkara itu masih tidak jelas dan kabur..tetapi kenapa tidak terus bersemuka dan cakap dengan berterus terang..setiap hubungn mesti ade kepercayaan antara satu sama lain.kalo xada satu sifat ini camner kita nk teruskan sebuah perhubungan..asalkan hidup ini berterasakn ISLAM..bertunjangkan ISLAM..kenapa perlu orang ketiga?
"berprasangka baiklah kepada sesuatu"..dengn kata lain.."positive thinking"..
"put ur trust in ALLAH"
~dalm hubungan mesti ade give n take..
mana duniaku???
pendedahan yang xperlu didedahkan
nie ak nk dedahkan kat korang pasal suit kerja aku..
kel 1-3 N9
20:22:25 ~blk2 la keje too!! orang tgk football diaorang keje! ape ke jadah smuo tu!! ~Idi
21:34:00~ Shut up Ur mouth k..damn it..online tenet pon xley.adoi.update la result wei..~amry
nasib la badan ak kena kerja malm nie..xley la tengok bola..tapi beruntung gak kot..sebab xde la rase terkilan sangt dengn kekalahan itu..sebab xtengok live hu3..ape2 pon syabas la pade red warior kerna da dapt masuk final..da kira hebat da..xde rejeki nk wat camner kan..cuba next tyme..tapi mesti sedey nagt coz xdapt puaskan hati semua peminat yang tertunggu kejayaan dibawa pulang skuad kijang...
kepada kawan sekerja ku yang xdatang kerja malm nie semata2 nk tengok bola tunggu la nasib korang ha3..ak jamin sampai surat dari bos hak3..berhabis la korang naik ke KL tapi terpaksa berputih mata dan membawa kekecewaan..nasib baik la mesin hari nie agak baik..dengar cakap..kalo x abez la produk tak capai target..kalo la mesin ni wat hal korang la jugak susah..kami kat sini amatur lagi nk repair2 nie..hu3..kepada mereka yang datang lewat gak ak raser akn terima padahnyer...
Komitmen ak tinggi untuk bekerja ha3..nway takut dapat warning letter..baru je comfirm xsampai seminggu..takut ak nk buat hal he3..malm nie hari terakhir kerja malm..t rest 2 hari n masuk pagi lak..jap lagi kena delete kat history..takut kantoi nagan Mr Saito pakai tenet ha3..
~nak paw 3 in 1 sape malm nie xmao tidow...
Wednesday, November 4, 2009
bersama tapi tak bersatu..
"bersama tapi tak bersatu"~..time solat means waktu rehat ramai la g surau tuk semayng..menunaikan tanggungjawab..bagus tapi xcukup bagus..solat sorang2..xberjemaah..aku.aku..engkau engkau..xde sorang pon amek inisiatif tuk solat berjemaah..masing2 wat hal sendiri..begini la umat islam sekarang..bersama tapi tak bersatu..ini baru dalm skop yang kecik..kalo skop yang lebeh besar ak raser korang da taw semua kan..negara islam sendiri xbersatu..
.so camner kita nk membangunkan ummah..membangunkan islam itu sendiri..fikir2 kan lah..renung2 kan lah..guna akal untuk berfikir..guna ilmu untuk beramal..sama2 kita berjuang untuk islam..islam bermula dengan terasing & akan kembali terasing...
Sunday, November 1, 2009
suatu hari di tesco..
amry : xdop wei, mu nak wat gapo?
azrul : aku nak timbe berat..ado dop?
mad : ade rase..nak wat gapo?
amry : jero nk timbe berat dio..eyh ade r 20 sen nie..ak nk timbe dulu..
mad : nie jero 20 sen..
amry : weh gilo..berat ak turun 6 kilo..bengong ah..
amry tesco kurus
Wednesday, October 28, 2009
demo tok pehe gapo dio CINTA part 2
Sunday, October 25, 2009
demo tok pehe gapo dio CINTA
Saturday, October 24, 2009
malam umpama siang..
Firstday bapak ah ngantok..xtahan ak..masuk kul 8 malm..balik kul 8 pagi..12 jam tu..kepala pusing abez...balik je kerja terus tidoq evendo perut berkeroncong menyayikan lagu indah....bangn2 nk lunch..past solat lak sambung tidow lagi..hu3..ni hari kedua..ak jadi bos..so bleh la layan tenet..he3..kalo masuk pagi sure xdapt..big bos ade..
Dunia da nk berubah da..hu3..kalo ak da kawen rasenyer xsanggup kerja life camni..bapak ah penat..kita hidup bukan tuk kerja tapi kerja tuk hidup..berpada2 dah la..xkan sampai xde life..da 3 monnth kerja kat sini..cam dapat menyesuaikan diri la gak skit2..mostly pekerja melayu + ore kelate..jepun ade beberapa kerat..dah kilang bapak dia hu3..kalo cina lak ramai kat admin je la..kat kelntn mana de rama cina..
Wat masa sekarang nk kumpl modal wat bisnes + kawen he3...satu ag sebelum kawen ak nk ade rumah dulu seketul..baru best..xkan nak duduk nagn parent lagi kan..xpon xkan nk menyewa coz kita nk duduk lama + nk deco lawa2 hu3..
Friday, October 23, 2009
MUhasabah CINTA
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu
Sunday, October 11, 2009
LELAKI LUAH PERASAAN TANPA KATA2
LELAKI LUAH PERASAAN TANPA KATA-KATA..MEREKA LEBIH SUKA BERDIAM DIRI,TETAPI BUKAN TIDAK PRIHATIN…
Untuk mencapai persefahaman..panduan berikut mungkin boleh digunakan untuk lebih memahami pasangan..
· Wanita suka melihat sesuatu perkara secara terperinci, bagi lelaki pula ia perkara biasa, cthnya soal pilih gerai makan.Wanita cerewet memilih gerai makn sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan dihati, sedangkan lelaki anggap soal makn agak mudah, boleh makan dimana saja.
· Perempuan sensitive tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak memikirkan perkara penting
· Wanita suka diberi perhatian dan ada kalanya manja tidak bertempat. Sikap ini menyebabkan mereka “syok sendiri” dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mungkin mereka merajuk.
· Ada perempuan terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki
· Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata2, tetapi hanya memerhati. Wanita harus terima hakikat itu.
· Ada wanita suka membeli belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, menyebabkan lelaki malas dan tidak memberi perhatian pada sikap wanita yang suka menghabiskan masa untuk tujuan itu.
· Ada wanita terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata2 mereka menyebabkan lelaki suka berdiam diri.
· Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan
· Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising, tetapiu tidak bermakna mereka tidak prihatin pada anak dan isteri
· Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal. Jika isteri atau teman wanita melakukan ‘kawalan’ kepada lelaki, dia akn bosan dan tidak akan member perhatian kepada apa juga permintaan wanita.
· Adakalanya wanita kurang bijak menunjukkan kasih sayang kepada suami tetapi hanyalah mengharapkan suami member kasih sayang.
· Jagn terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi ada pula wanita yang suka bergantung harap sangt kepada suami dengan tujuan suami sentiasa berada disisi mereka. Ini mungkin tidak digemari suami atau teman lelaki.
· Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan pernana mereka serta mengubah perangai mengikut peringkat umur dan keprluan. Jika masih muda elok juga merajuk , tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, elakkan perbuatan itu kerana ianya tidak memberi faedah.
· Sesetengah manita suka bertanya itu dan ini kepada suami atau teman lelaki, tetapi tidak suka kepada jawapan diberikan mereka, ini membuatkan suami atau teman lelaki bosan melayan soalan wanita
· Wanita tidak perlu menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka. Kelebihan itu mungkin memperbodohkan lelaki sehingga mereka tidak berminat melayan karenah wanita sedemikian.
Friday, October 2, 2009
heppy n sedey!!!!!
salam...ade story baru..xde r baru ngat..tapi da ade mase nk bercerita he3..tapi ni cite happy + sedey..hu3....nak taw?....jeng3...ak da beli my kereta idaman..hak3..suzuki swift..compaq n sporty..itu ciri2 yang kuidamkan.ku berusaha sangt2 keta tu dapt sebelum raye..alhamdulillah dapat he3...nk dijadikan cerita..ak amek keta tu hari khamis..17 september..pastu malm tu solat hajat...18 september ak bawa p kerja..pastu malm tu lepak umah sewa lu..ingt nk balik umah 19 hb september....20 hb kang rayer....pada pagi 19 hb tu past kemas2 umah skit..mandi manda..turun la dr umah sewa...tiba kat trafic light kubang kerian tetiba..bommm..ku pndng belakang..then agaiin bommm..kereta ku kena langgar belakang..dammmnn..dengan hati panas...ku turun dr keta ku sumpah seranah, ku maki hamun betina itu...hey babi..ak baru pakai keta ni 2 hari..bengong ape ko p langgar..xreti ke keta kat depan bnyak g..agak2 r bodoh...kalo xreti bawak keta baik xpayah..sial tul la.bla bla bla bla....betina itu diam membisu...weii sape xbengang..keta baru beli da kena langgar..agak2 rrr...kalo beli ngan kertas xpe rrr..cian ak hu3..teruk rr keta..bonet teruk masuk dalam..bumper memng kena tukar..kalo sklali langgar xpe lak..ni sampai 2 kali..memng bengang tahap dewa rrr.,sib baik ramai orang kat situ..mak ak dok wat ketupat raye pon terkejut beruk la gak...ermmm past report polis..balik la ngan hati yang sayu...sib baik my cousin ni pandai gak r repair keta..dia repair skit2 boley la pakai wat rayer...sampai terengganu tu wif my swift ha3...sampai sekrang keta ak masih kat workshop....ermmmm
Thursday, September 3, 2009
ku dambakan...
Xsabar nk tunggu jumaat..setiap minggu mesti ak ternanti2 hari jumaat he3…nak tau nape?..memng la hari jumaat nie hari bagus..penghulu segala hari..bukan yang tu sebab utama nyer…
Jeng2….pukul 9 malm Tv 3 …NUR KASIH..he3…memang ak xsabar nk taw kisahh selanjutnyer hu3..cite nie bagus la..lain drpada yang lain..cerita tentang pembangunan ummah..ak suka cite yang berunsurkan islam nie..cite nie 26 episode..ni baru 6 episode..ade 20 lagi..adush..lama lagi tu..nak taw ke cite dia camner?..masuk je web nie..pastu tengok la sendiri..www.tv3.my/nurkasih..
Mai la aku bagi taw skit..kisah dua beradik adam(remy ishak) n aidil(fizz fairuz) yang berlainan perwatakan..yang ke timur dn sorang lagi ke barat..berpendidikan agama dan sorang lagi x..sorang belajar kat mesir pastu sorang ag belajar kat Australia..ayah diorang sakit..pastu suoh balik kg..then pabila balik ayah dia suoh adam kawen ngan nur amina yang sepatutnya kawen ngan aidil…aidil suka kat nur amina tapi sebaliknya nur amina suka kat adam since skolah mengah lagi tapi xkasi taw la..adam tak tau pon..adam da ade makwe kat Australia..dia ni hati batu skit..jiwa kosong ha3…korang layan la nanti kalo da tertarrik..pe2 pon ost dia best..jap2 ak kasi lirik dia nagn web nak donlot..tapi xpenuh la..entah ak dda cari versi lengkap tapi xdapat2..
Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih
Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih
http://www.aimini.net/view/?fid=jK9y8jmHcxJ2PxJnC4SG
yeah selamat mendonlot ye kawan2..daaaaa
hyeeeee
(cerita lepas ak taip tapi xpublish..he3)
Hyee..alLooo……
Lama da x mencoret hu3..buzy ke?..xla..nway mals hak2..tapi damn bored..dok umah lepak, makan, minum, tidoq..pe lagi eyh..oooo tengok tv hak2..badan da naik membulat hak3..begini la nasib penganggur..eyh mana layak dgelar penganggur lagi kan kalo masih blom grad?..kan?..hee3..
Nie..ade story skit..abez je game MASUM hari t u terus balik umah..coz akak kawen on 31st MEI 2009..tema purple he3..jadi kebetulan MAP 10 eyh wat warna purple..jadi pakai baju tu la he3..xpakai baju melayu pon..meriah x eyh?..meriah la..dok kg kalo ade kenduri kawen mesti best…anak beranak berkumpul ramai2 pastu wat kerja..korang nak taw kerja ak pe?..he3..mengarah orang je..hu3..satu ag tyme bersanding ak jadi tukang amek gambr..dat y la gambar tyme weding tu lawa2..ak yang pro ni amek hu3..
Pastu kan 2 ekor lembu ditumbangkan..sama2 la dok gotong royong..dapat la daging 3 kawah..yang paling penting my dad yang masak gulai lembu n nasi kawah tu he3..pe2 pon lembu 3 kawah tu semua abez…licin la kiranya..adeq beradeq belah ayah n mak memang ramai la..riuh satu kg hu3..tu yang best tu..ak nie selalu dok berjauhan..jarang jumpa kaum kerabat..sekali jumpa nk runtuh rumah hu3..tyme ni la nk berkenalan yang saudara mara yang jarang jumpa..tengok2 da besar panjang..da bawa anak berderet hu3..x up to date langsung ak hu3..
Pe lagi nk story eyh?..oooooo about my brother in law hu3…budak lagi hak3..lebih kurang umur ak la..akak ak 25..dia muda sethun dr akak ak rase nyer..jadi 24 la..hak3..beza setahun je..nk panggil abng ke?..xpon..ak buat geng je ha3…xkerja ag..masih belajar..praktikal la..dapt gaji da..ape eyh kerja dia?..ak pon xtaw..navy kot..askar laut kat lumut..betul la tu hu3..
Bila eyh ak nk dapt kakak ipar?...IMPOSIBLE la raser nyer..ak mana ade abang hu3…anak laki sorang..adush xbest nyer..hu3..pe2 pon bagus gak..jadi anak emas he3..
rindu ini datang lagi...
Pada siapa harus kusandarkan
pada siapa harus kuucapkan…
Pada siapa harus ku luahkan....
Pada siapa harus ku semaikan.. perasaan ini...
Aku kabur dalam dunia yang bersinar ini…
Cinta?...
Apa itu cinta…
Ak bingung dalam soal ini..
Pada siapa rasa cinta ini harus kusalurkan..
Pada siapa harus ku taburkan..
Pada siapa harus ku lontarkan..
Pada siapa harus ku bajakan
Agar ia tumbuh menghasilkan benih2 kebahagiaan…
Aku juga manusia..
Ada hati dan perasaan..
Ingin dicintai dan mencintai..
Ingin dirindui dan merindui..
Tapi…pada siapa?...ahhhhh
Ku terokai dunia yang luas ini..
Ku lalui lorong2 sepi..
Kuredah simpang siur dunia..
Kulalui jalan yang berserabut..
Demi mencari apa itu CINTA…
Kini..
ak harus yakin…
Ak mesti percaya…
Ak sudah tahu..
Yang cinta itu ada..
Cinta itu perlu…
Ya..pada siapa…
Pada Mu Ya ALLAH…
“katakanlah jika kamu menyintai ALLAH, maka ikutilah aku nescaya ALLAH akan mengasihimu”…..al –Imran : ayat 31
“true love is like ghosts, which everybody talks about but few have seen”…….Francois Duc de La Rochefoucauld…
Puncak percintaan adalah nikmat yang mampu’disentuhi’ dan ‘kecapi’ setelam mampu melihat keindahan Ilahi-Robbi….semoga ak tergolong dikalangn mereka yang mendapat CINTA Mu..
Monday, August 31, 2009
come back!!!!
Wednesday, August 12, 2009
Thursday, May 28, 2009
Suka Duka masum 2009!!!
hey..ketika ak nk start menaip nie, sangt rindu kat korang semua hak3..korang?..team mate sQuash yang memng best!!!..korang semua telah menghadirkan sekelumit raser rindu kat perasaan ak nie..waaaaaa...walaupun kita kalah tapi semangt kekitaan dan semngt tuk menang yang korang semua tonjolkan sudah cukup sebenarnya..winning just only half of it, the another half is having fun and enjoys it...since kita training n sampai la kita balik semula 28 hb kat ukm memng saat manis dalam hidup ak..xabez2 ngan gelak n lawak bodoh korang hak3..sedihnye nk berpisah ngan korang semua..ak je yang final year..yang lain semua leh bersatu kembali after bukak sem..hu3..kak Azx, yazid, beng, ammar, Sharizal, Haris, Lee, Eqa korang semua memang best..
kak Azx..
Thanxs 4 everything..segala tunjuk ajar n bimbingan tentang squash n semua nyer lah..mekaseh yer..sampai la amry pada tahap sekarang..team spirit n menjadi ketua kami yang best he3..sporting n semua lah hu3..nk tunjuk simbol "tuttt" sembunyi2 eyh..jgn nampak sangt ha3..satu je nak ckp xsuka oren eyh..ha3...nie..lahir dri hati amry yang tulus hu3..kalo nk orang respek kita..kita mesti respek orang dulu..again thanxs 4 everyting..
Yazid
ha3..ak gelak dulu..ni kalo nk lepaskan bom xkira masa n tempat ha3..mekaseh n sowwy eyh sepanjang perkenalan kita..mamat nie kadang agak senyap..tapi skali kuar lawak memng power abez..tapi dia lebih bnyak gelak la dr wat lawak ha3.Zid training kasi power eyh..kalahkan semua fist player setiap U..ko kena rajin n berdisiplin je..semngt kurang skit..stamina pon..all da best.
Beng
Ni tukang wat lawak ha3..ni memng best friend ak..angah kan?..hak3..ko kalo wat lawak mesti gelak abez ha3..mesti semua orang gelak sampai pecah perut hu3..ni player ke 5..main nak shoot bontot orang je ha3..pe3 pon memng satu set pon jadi la hak3..
ammar
ni lagi sorang..memng banyak cakp ha3..setiap ape orang ckp mesti ade tindak balas...mentang2 la amek sains nuklear ha3..weh meng servis pun jadi la kan?..hak3..ni pon suka melepas gak nie..kuat makan tapi badan 6 pax..betul ke?..hu3..weh training bagi kuat..kalah kan uitm 5-0 eyh..misi balas dendam ha3..
Haris
player ke-5 state hak3..tyme dia lawan memng kelakar abez..pengadil pon gelak same hak3..ni suka wat magic ha3..fuyoo magic..tuan nyer senyap je..tapi jadi bahan exsperimen gelak ketawa dak2 nie..king of loser hak3...
Lee..
sorang nie je dak cina team kami..lee memng best..ha3..wat lawak spontan je..tapi cian kat lee..xsempat nk tunjuk power pengadil da blah ha3..lee pon same..jadi bahan ajukan..lee memang sporting abez..tima kaseh lee sebab belanja burger daging special he3.eyh lee training bagi bagus eyh..t da jadi fist player ukm..kalahkan rihana, sheila n murni eyh..hu3..
Eqa
eqa ha3...ni jadi subjek dak lelaki ha3..selalu digelakkan he3..tapi eqa memng sporting he3..memang best..eqa memng taw main.tapi kena struggle skit..laju skit..jagn lembab sangt..kejar bola tu..insyaAllah bleh berjaya nanti..tambahkan usaha skit..blajar dr kak azx..eqa thanxs n sowy 4 everything...
Korang semua memng best he3..training rajin2 eyh..buka mata kat diaorang semua yang kamu leh berjaya..kalo kita semua ade jodoh lagi insya Allah leh bertemu lagi..then wat lawak bagi pecah perut..main declare..main ku chi pat (betul ke eja camni?) ha3..nanti ak upload gambar korang eyh..xsempat nk transfer lagi nie..pe2 pon all da best..yang pasti ak akn merindui korang semua...
Sunday, May 17, 2009
kenapa?..mengapa?...bagaimana??
Entah esok entah lusa dunia berakhir..tapi manusia tetap juga memilih dunia yang fana..katanya dunia sementara so mesti nikmati sepuas2 nyer…what the hell menikmatinyer kalo diakhirat nanti merana..mereka tahu one day semua akn mati tapi mengapa mereka masih memilih jalan maksiat..jawapan setiap kesamaran ini ader pada diri sendiri..tepuk dada tanya iman..jangn tanya aiman coz mesti semua jawapannya "aiman tak kesah"
Kenapa manusia masih berlumba2 tuk mengejar kedunian sedangkan mereka tahu semuanyer akan berakhir..mengapa leka dengan arus kemodenan dunia,mengapa leka dengan hasutan syaitan,mengapa mudah terjebak ngan maksiat..mengapa? dan mengapa?..aku pun keliru..kita sebagai khalifah di muka bumi ini mestilah tahu peranan kita sebagai khalifah…semua sedar rasernya..tapi buat bodoh jer..kata orang buat cam lembu kenyang huhuhuh…
Nothing special at me juat want to share what always in my mind…huhuhuhu..aper kejadahnyer kalo bahagia kat dunia hancur kat akhirat..aper maknanyer kalo seronok kat dunia berduka nestapa kat akhirat..aper faedahnyer kaya raya kat dunia tapi miskin dan hina kat akhirat..aper kelebihannya kalo berjaya kat dunia tapi gagal kat akhirat..apa semua ni????????..aku pun tak mengerti…kalo ler kita nampak ganjaran yang diberi oleh ALLAH apabila melakukan kebaikan aku raser takder sorang pun yang akan melakukan kejahatan..kalo ler setiap pahala yang diperolehi ditukar dengan wang ringgit aku raser semua manusia ni akan menurut perintah…tapi tu semua tak berlaku..setiap yang berlaku mesti ader sebab dan akibatnya..
moral of the story aku pun tak tahu hahahaha..aku main taip jer aper yang terlintas hahaha..tak tau nak wakper time bosan ni..layan perasaan ler hahahha..so kita dijadikan dan dicipta diatas muka bumi ini mesti ader sebabnya..kita perlu bersyukur dengan aper yang ader pada kita sekarang..kalo kita miskin wang ringgit tapi jangnler miskin ngan budi pekerti..kalo kita tak mencapai kejayaan dunia biarlah mencapai kejyaan di akhirat nanti..jangan kita terlalu memikirkan kenapa aku begini tapi orang lain begitu..setiap ciptaannya ader kelebihan dan kekurangan..Kerna ALLAH maha pengasih dan penyayang..
kalo ader yang kaya mesti ader yang miskin..takkan semua nak kaya..saper yang nak menanam padi,mencari ikan kalo semua kaya..kalo ader yang pandai mesti ader yang kurang pandai..takkan semua nak pandai..kalo semua pandai sapa yang nak jadi tukang sapu sampah,sapa yang nak jaga tol,saper yang nak jadi orang gaji,semua nak jadi bos so porak peranda ler dunia ni..
so amry jangn ko memain lagi..jangn ko hanyut sekali seperti mereka yang sudah hanyut tu huhuhu..fokus ur aim..follow ur dreams..take one step at a time.. dont settle for less,just continue to climb..sebenarnya aku taip bender ni nak sedarkan diriku hahaha..so aku kongsi ler bersama..chow..
Friday, May 15, 2009
Ada ilmu tp x beramal!!
Inilah manusia..ada ilmu tapi xberamal dengannya..tahu dosa dan pahala tapi still buat benda yang xelok..ak sendiri..pandai cakap tapi buat pon x..tahu dosa nyer tapi still buat..ermmmm...pergi main still pakai short evendo tau batas aurat dan dosa nyer..susah kalo kita nk berubah tapi tak beazam dengn bersungguh sungguh untuk ke arah itu..benda yang kita selalu buat tetiba nak stop..adushhh sangt susah..macam mana eyh?...plezzz tulun2..hu3...
semoga ak tergolong didalam orang yang mendapat petunjuk dah hidayah Mu..amin..
Thursday, May 14, 2009
Friendly Skuasy UPM
Aduish..sangat penat hu3..seblom p kejohanna MASUM kat UUM..kami saje2 je dulu nak test power nagn dak2 UPM..he3..tapi diorang semua dah pro la..kami ni amatur lagi hak3..so ape lagi..kalah la..1-4 he..girl kalah 1-2...winning just only half of its..have fun is the other half..ho3..memmng fun abez..nice 2 noe u all guys...team spirit ha3...ape2 pon kena lebey srugggle ag ni training...hu3...
P/s kepada mereka yang bajet star tu..rajin2 la turun training..jgn dok wat lemak je..
Friday, May 8, 2009
Khutbah Jumaat.."akal"
Kembali kepada tajuk khutbah tadi..kita termasuk haiwan@binatang dikurnikan pelbagai pancaindera...tapi yang membezakan kita dan binatang adalah AKAL....tapi mnusia sekarang makin x berakal..xsaling tumpah dengn Haiwan la kalo dah xguna akal..segala tindak tanduk berpandukan Nasfu semata-mata..Nauzubillah..
Isi khutbah tadi telah memberikan contoh iaitu Susu...susu ibu dan susu formula..susu formula telah dicipta beratus tahun dahulu....selepas kalangn perempuan banyak menceburi kerjaya, pengunaannya makin meluas..selepas kajian beratus2 tahun dibuat antara susu ibu dan susu formula, ternyata susu ibu berkali2 lebih baik..dah anak akn mempunyai daya tahan yang tinggi atau dengn istilah lain keimunan yang baik jika menggunakan susu ibu selama 2 tahun...sedangkan dalam AL Quran surah Luqman ayat 14 telah dinyatakan kebaikan susu ibu..inilah salah satu kelemahan akal...mengmbil masa yang lama untuk membuktikannya.
kesimpulannya..jadi gunalah akal kita berpandukan Wahyu dalam kehidupan ini....
Pemilik Cintaku
"Pemilik Cintaku setelah ALLAH dan Rasul"...dengar tajuk pon da menarik kan?..heeee..ni la buku hasil karya FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN..Love it diz Book..he3..Kredit to fara hidayah kerana mengsyorkan ak membeli dan membaca dis buku.Nipis je..RM 12..tapi ILMU yang dapat xternilai dengn harga tu..bnyak ngat..sape yng blomm baca lagi kan..cari la kat kedai2 buku berhampiran anda he3..ak jamin x menyesal..buku ni buat..
Buat adik2 remaja yng br nak mengenali cinta
buat bakal2 pengantin baru
Buat pengntin baru
Buat para suami
Buat para isteri
Buat Ibu Bapa..
Aku tergolong dalm mana satu eyh?..ha3..
ak nk share la skit dalm buku nie..part yang paling ak suka ha3..
1)
"abang, sayang masih belajar masak. Tak mampu nk masak sedap. sayang hanya mampu letak perncah Bismillah dan tawakl saja".ujarku
"bagi abang, telur hangit yang sayang masak dirumah lebih sedap daripada nasi beriani yang dibeli dikedai".jawapnnya sungguh bermakna bagi ku. Lega rasanya. Pelbagai persaan yang bergolak kembali tenteram dan pd saat itu juga azamku makin membara untuk memasak yang terbaik.
2)
Suamiku menyambut huluran gelas. dia tidak segera minum sebaliknya memerhatikan aku minum dr gelas yang berbeza..
"abang nk gelas sayang" pintanya., lalu kuhulurkan gelas ditangnku kepadanya.
"abang nak minum dr tempat sayang letakkan bibir," kata suamiku seiring perilaku. Sungguh terhibur ak mengenangkan sirah Rasulullah SAW minum dr tempat Aisyah r.a meletakkan bibirnya. Masyallah kami sedang mempraktikkannya!
3)
"abang sayang sayang lebih," bals suamiku. "tak, sayang syang abang lebih,"..ak xmahu mengalah.."abng sayang lebih..." diapun enggan berganjak. puas ak berfikir, apa taktikku supaya dia menerima kenyataanku?
"abng kata, dlm rumah tangga kena toleransi. anbng bagilah perkataan 'sayang lebih' tu pada sayang. Sayang sayang abang lebih..."rayuku..
"sayang, kita memng kena toleransi kecuali dalm hal ini. Abng terlalu sukakan sayang, Lebih!" Isu 'siapa sayang lebih' sering kami perdebatkan sehari-hari, menambahkan resepi kemesraan.
4)
"sayang, sunah Rasulullah yang mana lagi belum kita buat?"
suamiku bertanya sambil tangnnya sentiasa mesra membelaiku.
"lumba lari", jwabku pantas. kelihatan sebuah seyuman terukir indah dibibirnya.
"nak berlumba?" dia bertanya..
"mm,nak! ak menjawab penuh yakin, yang mengundang reaksi spontanny. suamiku mengangkat kening...
nak tahu selebihnya??..cari la buku tu..murah je..xnyesal..comfirm..disambil membaca buku ni mendidik kita..he3..
dalm 4 kes nie..korang suka mana satu?..ak lebih suka yang 4 tu ha3...
ok lah..cari la ye3..he3..dah baca nanti bg respon kat ak he3...
Bubye kawn2..bubye UKM
.